PEMIMPIN BERJENAMA CEMERLANG : PENGETAHUAN
Seorang pemimpin patut memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus semua bidang dalam organisasi, termasuklah mengenai dasar, perundangan dan perkara yang sedang menjadi perhatian masyarakat tempatan serta antarabangsa. Dengan pengetahuan serta kemahiran tersebut, pemimpin dapat membuat keputusan yang bukan sahaja tidak bertentangan dengan peraturan malah sentiasa sesuai dengan keperluan semasa pekerja serta masyarakat.