Generasi Strawberi
Generasi Strawberi sering dikaitkan dengan anak muda yang mudah tersinggung, kurang tahan menghadapi tekanan dan sukar menerima teguran. Namun, benarkah gelaran ini menggambarkan keseluruhan generasi hari ini? Dalam dunia yang semakin berubah, anak muda berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pengaruh teknologi dan media sosial, tekanan akademik, harapan keluarga, pergaulan serta tuntutan kehidupan turut mempengaruhi pemikiran dan pembentukan diri mereka.Buku ini mengajak pembaca memahami realiti tersebut dengan lebih terbuka dan adil. Perbincangan merangkumi sikap anak muda, kepentingan disiplin, ketahanan diri, tanggungjawab serta peranan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam membimbing generasi yang sedang membesar.
Currently No Review