Kepimpinan Instruksional
Buku ini lahir daripada satu kesedaran bahawa kualiti sesebuah sekolah tidak pernah melebihi kualiti kepimpinannya. Dalam landskap pendidikan Malaysia yang sedang melalui transformasi besar menerusi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035, peranan pemimpin sekolah bukan lagi sekadar mentadbir sekolah, jadual waktu dan kewangan, tetapi yang lebih utama ialah memimpin proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Inilah intipati Kepimpinan Instruksional. RPM 2026-2035 yang bertemakan "Merapatkan Jurang, Meningkatkan Mutu, Meraih Kejayaan Bersama" meletakkan harapan yang besar kepada para pemimpin sekolah. Salah satu strateginya secara eksplisit menyeru pembangunan pemimpin transformatif yang berkeupayaan tinggi dan berorientasikan masa hadapan. Seruan ini tidak dapat direalisasikan tanpa pemahaman yang mendalam tentang apa itu Kepimpinan Instruksional, bagaimana ia diamalkan, dan bagaimana ia menghubungkan dasar negara dengan realiti di bilik darjah. Buku ini menggariskan sembilan bab yang tersusun daripada asas konsep, sejarah perkembangan pendidikan negara, model dan dimensi Kepimpinan Instruksional, amalan sekolah di Malaysia, sehinggalah kepada pemetaan khusus antara Kepimpinan Instruksional dengan tujuh teras strategik RPM 2026-2035. Setiap bab diakhiri dengan sudut refleksi untuk membantu pembaca menghubungkan teori dengan konteks sekolah masing-masing.
Currently No Review